TIPS-TIPS TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA


okay kawan2,seperti yang dijanjikan..chocolatevanillatte ice nak kongsikan 

TIPS-TIPS TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA: (yang lebih detail)



chocolatevanillatte ice brharap prkongsian nie membantu kawan2 yang akan menghadiri temuduga..


Jika kawan2 mendapat SMS/E-MAIL seperti di atas. Percayalah bahawa kawan2 sudah meletakkan diri kawan2 sebagai Calon Latihan Separa Perubatan dimana kawan2 akan dibayar biasiswa semasa latihan hampir RM900 setiap bulan.(banyakkan??!!)

Malah yuran pelajaran kawan2 juga akan ditanggung seratus peratus oleh kerajaan. Disamping itu, kawan2 juga sudah disediakan pekerjaan sebaik saja tamat latihan nanti. Rugi ! Sekiranya kawan2 tidak manfaatkan peluang Temuduga ini.



Sebelum chocolatevanillatte ice nak bercerita mengenai Soalan dan Panduan Temuduga Penting untuk kawan2 tahu penilaian temuduga yang bakal kawan2 duduki dalam Latihan Separa Perubatan yang akan dijalankan.

Berikut merupakan kriteria yang ditetapkan oleh penemuduga Separa Perubatan yang pernah diadakan berdasarkan “calon temudugan yang lalu” dan juga dari pengalaman chocolatevanillatte ice sendiri ;

1 . Kelayakan akademik

kelayakan akademik nie sudah tentu akan dinilai brdasarkan latihan/jawatan pilihan kawan2.sebagai contoh, chocolatevanillatte ice sndiri yang memilih Latihan Penolong Pegawai Farmasi, maka soalan dari penemuduga adalah berkaitan dengan jawatan/latihan tersebut. Andaikan kawan2 mendapat lebih dari 1 jawatan,kawan2 kena la pilih 1 jawatan/latihan yang paling kawan2 nak/minat. Tapi kawan2 tetap kena buat research tntang dua2 jawatan jugak.

2. Pengetahuan & minat

pengetahuan dan minat juga menjurus kepada latihan/jawatan yang dipilih.dimana sangat2lah penting kawan2 berpengetahuan tentang jawatan yang dipilih. selain itu,kawan2 juga kena tunjukkan minat terhadap jawatan tersebut. Andaikan penemuduga bertanya kenapa kawan2 memilih jawatan tersebut,jawapan paling mudah,mestilah kerana kawan2 berminat kan?? kalau tak minat,kenapa mohon jawatan tu??dan berminat bermakna kawan2 mempunyai pengetahuan tentang jawatan tersebut. contohnya,kawan2 minat nak jadi jururawat,mstilah kawan2 tahu tentang skop2 tugas/kerjaya jururawat. pihak penemuduga akan mengutamakan calon yang tahu tentang jawatan yang mereka pilih??betul tak??

3. Pengetahuan Am

yang nie,kawan2 kena tahu la isu-isu semasa dalam dan luar negara.  dan yang paling penting isu-isu semasa berkaitan kesihatan/perubatan. kalau macam chocolatevanillatte ice sendiri, mestilah bt research tentang isu-isu semasa berkaitan ubat-ubatan.selain tu,chocolatevanillatte ice jugak baca tentang piramid makanan.

4. Sikap dan perwatakan

yang paling penting kawan2 iaitu kekemasan dan cara berpakaian. ini kerana, sebaik sahaja kawan2 masuk ke bilik temuduga.pakaian adalah yang pertama menjadi perhatian penemuduga. jadi,pakai la pakaian yang bersesuaian.contohnya,yang perempuan berbaju kurung dgn wrna yang sesuai.kasut mesti bertutup dan seelok-eloknya wrna hitam.bagi lelaki,guna kemeja lengan panjang,necktie dan kasut kena kilatkan tau..jgn guna kasut kanvas pulak.kite kena tunjukkan yg kte nie profesional. disiplin,tingkah laku,cara bercakap,mcm mne kawan2 kawal gementar tu,keyakinan..tu semua jadi perhatian penemuduga.

5. Kecerdasan dan kefasihan

kawan2 kena menjawab dengan lancar dan jelas. kawan2 kena berfikir secara logikal dan analitikal supaya tkde masalah untuk mnjawab soalan yang kawan2 tak boleh duga pn.


nie pulak tatatertib nak masuk ke bilik temuduga..

  1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin kawan2 perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari kawan2.
  1. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana kawan2 kelihatan sperti tidak bersunguh-sungguh utk ditemuduga.

  1. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.
seterusnya,chocolatevanillatte ice nak kongsikan pulak contoh2 soalan yang sering diajukan oleh penemuduga okay..

bkn tu sje tau,chocolatevanillatte ice nk kongsikan jugak cara2 jwab soalan2 tersebut..baik tak chocolatevanillatte ice..(angkat bakul pulak kan)..gurau je tau..hehe

1Sila perkenalkan diri anda

soalan yang nie sgt2 penting ye kawan2. jgn main hentam je jawab.kawan2 kena huraikan :
-nama
-umur
-asal
-keluarga(yg nie hadkan kpd anak keberapa dri brpa org adik bradik dan jugak pekerjaan ibu bapa..jangan lebih2 okay)
-latarbelakang pendidikan
-pengalaman bekerja(kalau ada)
-penglibatan kokurikulum semasa di sekolah
-dan yang seterusnya..kaitkan pengalaman2/kualiti kawan2 diatas dgn jawatan/latihan yang kawan2 pilih..

2Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?

bagi soalan nie,jawapan chocolatevanillatte ice tk dpt nk tlong sbb yg nie dri kawan2 sendiri.
sebab2 kawan2 sndiri.
tpi kalau kawan2 nak tahu jawapan chocolatevanillatte ice,nie yg chocolatevanillatte ice jawab:
-jaminan masa depan(kenapa??sbb sbaik tamat latihan,kawan2 akan disediakan pekerjaan)
-sokongan dan dorongan dari keluarga

3. adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?

untuk soalan nie pulak,penemuduga nak uji keyakinan diri kite tau..
kawan2 kena la bgtau knp kawan2 layak tak kira dri segi akademik/kualiti dri kawan2 sndiri..

nie contoh jawapan chocolatevanillatte ice :
saya mempunyai kombinasi yang tersendiri iaitu keyakinan yang jitu dan kemahiran berkomunikasi yang baik dari pngalaman saya bekerja. ini membantu saya dalam mengendalikan pelanggan dan juga akan menjadi kelebihan kepada saya mengendalikan pesakit apabila sudah bekerja nanti.selain itu,kelulusan akademik saya rasakan agak baik dan juga berasaskan sains secara keseluruhan. justeru itu,saya merasakan saya layak untuk menceburi bidang latihan separa perubatan.

nie hanya jawapan yang chocolatevanillatte ice nk kongsikan.maafkan chocolatevanillatte ice kalau jawapan nie kurang baik tau.chocolatevanillatte ice masih mentah lagi..cuma niat nak berkongsi..

4. sebutkan bidang2 latihan separa perubatan yang kamu tahu
5. sebutkan 5 nama kolej latihan separa perubatan
(kalau soalan mcm nie,kawan2 kena rujuk laman web spa okay?

kalau soalan2 pengetahuan am pulak, sbagai contoh,

6. berikan perbezaan klinik dan hospital
7. terangkan apa yang anda faham mengenai klinik 1 malaysia
8.ceritakan tentang piramid makanan
(soalan2 nie kena buat research ye kawan2..pakcik google kan ada..hehe)

9kalau anda ditawarkan jawatan/latihan lain,adakah anda terima?

soalan nie penemuduga nak uji kawan2 nie pandai ambik/hargai peluang atau tidak..
jadi,kena la jawab "YA" dan bagi sbb tau knp kawan2 ttap nak terima..

10. Mengapakah kami patut memilih anda berbanding calon lain?

soalan nie penemuduga nak kawan2 yakinkan mereka knp kawan2 layak utk dipilih.
 maksudnya,kawan2 kenalah ceritakan tentang kelebihan dan kualiti kawan2,seterusnya jadikan kualiti tersebut sebagai penyokong(????penyokong???hehe..maaf,tak dpt fkir prkataan yg sesuai) ataupun sebab kenapa kawan2 nie layak untuk dipilih.

lagi contoh2 soalan yang kawan2 kena buat research...


11. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
18. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
27. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
30. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.
31. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
32. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
33. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
34. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
36. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
38. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?

40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?
selesai bahagian soalan2 nie,chocolatevanillatte ice nak kongsikan pulak cara SUSUNAN DOKUMEN (asal & salinan)

okay..kita mulakan dengan DOKUMEN ASAL :

mcm yang chocolatevanillatte ice prnah kongsikan dlm entri sblm nie,kawan2 kena susun DOKUMEN ASAL dalam CLEAR HOLDER FILE tau..tau tk clear holder file tu mcm mne?

dlm entri yg trdahulu,chocolatevanillatte ice ade letak gmbar clear holder file tu..tkpe2,oleh sbb chocolatevanillatte ice nie baik..so...nie la die(hehe...)
 CLEAR HOLDER FILE:
 dalam tu mcm plastik tau,so kawan2 letak la dlm platik tu display elok2..

SUSUNAN DOKUMEN ASAL:

1. sijil lahir
2. sijil berhenti sekolah
3. sijil keputusan spm
4.sijil stpm/matrikulasi
5.sijil2 kokurikulum (bermula dri tingkatan 4 sehingga yg terkini/universiti)


SUSUNAN SALINAN :

-resume
-borang maklumat calon
1.KAD PENGENALAN (salinan)
2. salinan sijil lahir
3.salinan sijil berhenti sekolah
4. salinan sijil keputusan spm
5.salinan sijil2 akademik y lain

bagi salinan dokumen,kawan2 boleh letakkan dlm fail biasa,klip,staple ataupn letak dlm envelope...

pastikan semak dokumen lengkap atau tak sebelum pergi ke pusat temuduga..jangan dtg dgn dokumen y tak lengkap..nampak sgt kawan2 tak bersedia ataupn tak bersungguh2..kan dh kena tolak markah kt situ..

rasanya ckupla perkongsian chocolatevanilatte ice smpai disini..semoga berjaya ya kepada kawan2 yang nak interview..

harap2 perkongsian nie bermanfaat..rajin2kan membaca ye kawan2..

^_^

6 comments:

  1. thanks for the info. saya bakal ditemudga bahagian jururawat. info ni sgt penting bt saya anyway thanks sbb kongsikan bersama. :)

    ReplyDelete

  2. thanks sgt membantu , semoga perkongsian ini dpt mmbntu sya untk temuduga saya nnti :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing... 😊

    ReplyDelete
  4. Salam. Nak tanya salinan dokumen tu perlu cop pengesahan ketua kmpung/penghulu/mukim ke? Nak kene fotostat lebih kee?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk infonya.saya bakal temuduga jururawat pada 27 hb ini.doakan saya yer guys ☺️

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved by D e a n n a