CALON SIMPANAN SPA





Keputusan temuduga SPA separa perubatan dah keluar?? 
Tahniah kepada yang berjaya 
dan 
jangan putus asa bagi yang tidak berjaya..
tpi entri kali nie bukan untuk yang berjaya atau gagal..
tpi untuk yang dapat status 
“CALON SIMPANAN/SIMPANAN LANTIKAN”.. 
Banyak yg sy tgok bertanyakan “apa itu calon simpanan?””berjaya ke tidak??”#needrespond
So,saya sediakan entri nie untuk bantu kalian..

Yg pertama..

APA ITU CALON SIMPANAN?

Calon Simpanan ini adalah mereka yang telah menghadiri temuduga di SPA dan mendapat keputusan – SEBAGAI CALON SIMPANAN
Ini bermakna mereka TIDAK GAGAL dalam temuduga yang dijalankan, 
tetapi masih juga BELUM BERJAYA
Mereka ini boleh dianggap telah melangkah sebelah kaki 
untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan.

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. 
Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, 
calon simpanan kedua pula akan dipilih.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun 
dan ada juga diberi masa 6 bulan. 
Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.

Jika mereka dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, 
tahniah diucapkan.

Berapa cepat calon simpanan akan diserap ke dalam sektor awam ini?

Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan 
sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. 
Rezeki….
Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan 
baru dipanggil untuk melaporkan diri. 
Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, 
tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.

Bagi calon simpanan ini, 
sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, 
mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. 
Mereka boleh menghadiri mana – mana temuduga lain yang dianjurkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta. 
Jika perlu mengemaskini borang permohonan SPA semula, 
sila kemaskinikan. 
Tiada masalah..

Jika anda mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, 
usahlah kecewa.
 Itu adalah satu kejayaan juga buat anda. 
Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. 
Jika tidak, usaha lagi di lain masa. 
Dan simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. 
Ini kerana ianya boleh digunakan sekiranya anda dipanggil temuduga lagi di lain – lain masa.
 Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang.




JADI, TAKDE SEBAB UNTUK PUTUS ASA TAU..

^_^

THANKS FOR READING


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved by D e a n n a